
Mulai 14 - 16 April 2011, aku diarahkan untuk gie out station ke kuantan pahang bg Lawatan EAC. Manakala petang 16 April 2011 aku akan bertolak ke Kuala Lumpur Sesi Pendaftaran Terbuka. Berat sungguh hati ini ingin meninggalkan suami & anak selama 5 hari. Aku mekad untuk membawa Hani bersama sebagai taman & pengubat rindu. Boleh lah En. Suami @ abah menguruskan & melayan Husna seorang. Pada hari aku bertolak @ khamis, 14 April 2011, badan husna sudah mulai dedor @ panas sikit. Aku tak risau sgt coz Husna cepat berpeluh bangun awal pagi. Pada sebelah petang setibanya di kuantan aku terus menghubungi En. Suami bg memaklumkan yg aku & hani sudah tiba. Sempat juga aku bertanya khabar husna. Badan husna panas lagi, maybe demam. Esok nya @ Jumaat, badan husna masih panas lagi. Aku minta En. Suami bekalkan ubat demam yang ada dalam peti ais utk dibawa bersama kerumah ibu ana. Di rumah ibu ana, husna muntah setelah di beri ubat demam + susu. Ibu ana memaklumkan ubat itu telah tamat tempoh@ luput. Aku maklumkan kepada En. Suami & minta dia agar harf day utk bawa husna ke klinik. Pada sebelah petang panas badan husna mulai kurang. Tapi En. Suami bawa juga husna ke klinik utk check up. Alangkah tekejutnya, suhu badan husna mencecah 39'c ++. Sian En. Suami di marahi Dr. kerana lewat membawa husna. Pada malam nye, badan husna masih panas lagi. En. suami tidak tiadur malam bagi menjelum badan husna agar tidak panas. Husna pun tidak lena tidur kerana badannya masih panas lagi.
No comments:
Post a Comment