Monday, April 25, 2011

Campak oh Campak


Mulai 14 - 16 April 2011, aku diarahkan untuk gie out station ke kuantan pahang bg Lawatan EAC. Manakala petang 16 April 2011 aku akan bertolak ke Kuala Lumpur Sesi Pendaftaran Terbuka. Berat sungguh hati ini ingin meninggalkan suami & anak selama 5 hari. Aku mekad untuk membawa Hani bersama sebagai taman & pengubat rindu. Boleh lah En. Suami @ abah menguruskan & melayan Husna seorang. Pada hari aku bertolak @ khamis, 14 April 2011, badan husna sudah mulai dedor @ panas sikit. Aku tak risau sgt coz Husna cepat berpeluh bangun awal pagi. Pada sebelah petang setibanya di kuantan aku terus menghubungi En. Suami bg memaklumkan yg aku & hani sudah tiba. Sempat juga aku bertanya khabar husna. Badan husna panas lagi, maybe demam. Esok nya @ Jumaat, badan husna masih panas lagi. Aku minta En. Suami bekalkan ubat demam yang ada dalam peti ais utk dibawa bersama kerumah ibu ana. Di rumah ibu ana, husna muntah setelah di beri ubat demam + susu. Ibu ana memaklumkan ubat itu telah tamat tempoh@ luput. Aku maklumkan kepada En. Suami & minta dia agar harf day utk bawa husna ke klinik. Pada sebelah petang panas badan husna mulai kurang. Tapi En. Suami bawa juga husna ke klinik utk check up. Alangkah tekejutnya, suhu badan husna mencecah 39'c ++. Sian En. Suami di marahi Dr. kerana lewat membawa husna. Pada malam nye, badan husna masih panas lagi. En. suami tidak tiadur malam bagi menjelum badan husna agar tidak panas. Husna pun tidak lena tidur kerana badannya masih panas lagi.

Bisul @ Husna


Bulan april 2011 merupakan bulan sakit bg Husna. Pada 1 april 2011 husna demam panas sehingga suhu 30'c. Sungguh panas bg bayi seawal usia husna 7 bulan ini. demam panas ini adalah penyebab yg husna akan dijangkiti bisul dibuntut. Sungguh sakit umi dapat rasakan apa yang tinggung oleh husna. Pada 5 april bisul tu mula masak, apa lagi umi & abah pun mula beroperasi memecahkan bisul yg masak ranum tu. Sungguh sedih hati umi melihat husna maraung menahan kesakitan. Alhamdulillah, husna kembali baik & sihat semula.

Sunday, April 10, 2011

Lagu untuk MU "SEDETIK LEBIH"

Setiap nafas yang dihembus

Setiap degupan jantung

Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan

Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup

Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM

KRU Publishing Sdn Bhd

Thursday, April 7, 2011

Hani oh Hani


Semenjak keluar cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yg tengah hangat dipasaran & dirumah Ku juga, anak sulung Ku Hani setiap malam akan menonton CD tu sebelum terlena tidor. Hani sampai dah boleh hafal setiap kata-kata yg keluar dr mulut-mulut pelakon tu. Terutamanyer ayat"kita bakor jer ler" ,"acu citer x 2kali" & lagu sole-sole. Maybe cara tu boleh membuatkan Hani utk tidor awal dr sebelum nie. Oppp, lupa lak, CD tu pun aku pinjam tak pulang-pulang, habis bercalar dibuatnyer. Terpaksa kami beli baru utk menggantikan hak org.

Note: Sekarang Hani dah kurang mengamuk...

HUSNA "7 Bulan"


Cepatnyer masa berlalu, Hari nie Husna dah masuk 7 bulan. Seawal usia 4 bulan Husna dah mula memusingkan / menterbalikan badannyer. Mula-mula agak sukar juga,tetapi sib baik ader kakak Hani yg asyik mengajarnyer cara pantas memusingkan/menterbalikan badan. Makin cepat ler Husna pandai membawa dirinyer. Pada usia 5-6 bulan Husna dah pandai menyelor@ menggerakkan badan kedepan. Semakin lama semakin pandai Husna menjelajah seluruh rumah kami yg masih kosong tu. Sekarang, pd usia seawal 7 bulan Husna sudah mula mengangkatkan buntutnyer utk merangkak. So apa akan jd mulai esok dan hari-hari seterusnyer....Insyallah, Moga ALLAH s.w.t mempermudahkan segala proses pertumbesaran anak umi ni "NURINA HUSNA NABIHAH" Aminnnn.........


Note: Sekarang kandungan ke-3 Ku sudah berusia 4 bulan ++.